Masa study dulu massih ingat lagi I pernah tgk video kelahiran bayi ular ni dari laptop kawan.. First time tgk mcm x pecaya ja tau...ada kes kejadian mcm ni...tp i2 semua ketentuan-Nya. Kisah disebalik kelahiran "luar biasa" ni telah "menghidupkn" pelbagai versi cerita...ada versi yg beritahu si Ibu yg mengandung betul2 x bersedia utk mempunyai anak dan sangat berharap baby ni x selamat lahir... ada versi yg beritahu si Ibu sdh ada dua anak perempuan dan sangat maahukan anak lelaki dan setiap kali ditanya jantina baby si Ibu akan kata yg dia mengandungkan anak ular...
Tapi penyakit mcm ni memang wujud, Harlequin Lchthyosis yang merupakan penyakit kelainan genetik. Kelainan genetik ini boleh menyebabkan pesakit mengalami kekeringan pada tahap yang luar biasa pada bahagian kulit. Lebih memburukkan keadaan apabila bahagian mata membengkak semasa kelahiran.
Harlequin type ichthyosis atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis, merupakan sindrom penyakit kulit yang paling parah, sangat merbahaya dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir. Ciri-ciri Harlequin dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian. Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah menyukarkannya untuk bernafas dan makan. Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera. Satu daripada 300 00 kelahiran berkemungkinan besar untuk berdepan dengan penyakit ini.
No comments:
Post a Comment